Wednesday, July 4, 2007

Ucaptama Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor


Tuan Timbalan Pebgarah Jabatan Pelajaran Selangor, Tuan Ismail Sulaiman telah memberi ucaptama Kursus Aplikasi ICT Untuk Guru Penyelaras Makmal Komputer Negeri Selangor di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor pada 3 Jualai 2007 jam 8.30 malam. Tuan Timbalan Pengarah telah berkongsi pengalaman beliau sebagai pendidik dan ini merupakan suntikan semangat kepada guru-guru untuk terus memberi khidmat bakti tanpa rasa jemu untuk menghasilkan insan berminda kelas pertama. Majlis ucaptama ini telah berakhir jam 10.30 malam.

Tuesday, July 3, 2007

Kursus Aplikasi ICT Untuk Penyelaras Makmal


Kursus Apilikasi ICT Untuk Penyelaras Makmal Komputer Daerah Gombak telah diadakan di Coral Bay Resort pada 3 Julai 2007 hingga 6 Julai 2007. Seramai 40 orang Guru Penyelaras Makmal Komputer dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan telah terpilih untuk menyertai kursus ini. Objektif kursus ini ialah meningkatkan tahap kompetensi Guru Penyelaras Makmal ke arah menyumbang pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 (PIPP). Justifikasi kursus ini ialah Guru Penyelaras Makmal Komputer berperanan penting dan terlibat secara langsung dalam menjayakan enam teras dalam PIPP.